PEMADAM ialah sebuah NGO Pencegahan Salahguna Dadah dengan Misi Masyarakat Malaysia Bebas Dari Ancaman Dadah, Dari Raykat Untuk Rakyat, Hidup Penuh Erti.
PEMADAM adalah singkatan dari PERSATUAN MENGCEGAH DADAH MALAYSIA. Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbankit daripada penggunaan DADAH, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan DADAH dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi DADAH.
PEMADAM:
P = PROAKTIF
E = EFEKTIF
M = MAKLUMAT
A = AMANAH
D = DINAMIK
A = AGAMA
M = MERDEKA
MISI PEMADAM:
NEGARA BEBAS DADAH 2015
Objektif PEMADAM:
Mendidik Masyarakat Menerusi Penyebaran Maklumat, Bekerjasama dengan semua pihak serta memberi khidmat nasihat dalam masalah penyalahgunaan DADAH.
Peranan PEMADAM:
1. Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan DADAH melalui program pencegahan, pendidikan dan penerangan.
2. Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan DADAH dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus.
3. Membantu dalam menyediakan perkhidmatan nasihat dan rundingcara.
4. Bekerjasama dengan Jabatan-jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan DADAH.
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)
[email protected]Email | |
www.pemadam.org.my/Website | |
+603-2094 1190Phone Number | |
+603-2094 3233Fax Number | |
Established since 1976Year of Establishment | |
PPM-001-14-20061978Registration Number | |
8 Jalan Ledang, 50480 Kuala Lumpur Address |