Rumah Jannah (RJ) Perlis ditubuhkan untuk menyediakan kediaman yang selesa untuk :
- anak-anak yatim
- anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan / asnaf
- anak-anak dari keluarga ibu / bapa tunggal
- anak-anak yang mempunyai isu keluarga
VISI
Rumah Jannah Perlis berharap agar dapat membantu kanak-kanak ini menempuh kesusahan dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pandai dan berdikari dalam memperoleh kecemerlangan akademik. Hanya dengan itu mereka akan dapat mencapai kejayaan dalam kerjaya masing-masing dan berkhidmat pada masyarakat yang pernah membantu mereka.
MISI
Rumah Jannah Perlis menyediakan kediaman untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun di Perlis dan memastikan mereka menjalani :
- kehidupan harian yang selesa
- mendapat pendidikan
- tempat tinggal, makan-minum,
- kemudahan persekolahan dan
- mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum seperti berenang, bermain badminton dan Taekwondo.
Mereka akan menghadiri sekolah bantuan kerajaan yang terdekat dan ditanggung :
- yuran tahunan sekolah dan
- wang saku sekolah
- pengangkutan
- Kanak-kanak akan balik ke rumah masing-masing semasa cuti persekolahan.
Rumah Jannah Perlis beroperasi dengan bantuan kewangan pengasas dan orang ramai dalam bentuk sumbangan untuk menampung kos perbelanjaan keseluruhannya termasuk:
- sewaan kediaman
- makan-minum
- persekolahan
- pembantu rumah RJ
- yuran aktiviti kurikulum tambahan
Rumah Jannah Perlis mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk menyumbang dengan menyalurkan terus ke:
Akaun Pertubuhan Rumah Jannah Perlis Maybank : 5590-1232-7776 Swift Code: MBBEMYKL
Learn MorePertubuhan Rumah Jannah Perlis
[email protected] ; [email protected]Email | |
www.rjperlis.orgWebsite | |
+60-18-467 4069Phone Number | |
+60-13-380 5481Phone Number | |
PPM-005-09-05062020Registration Number | |
5 & 6, Taman Kechor Jaya, Jalan Hospital, 01000 Kangar, PerlisAddress |