Persatuan Warga Sindrom Down Negeri Selangor (PWSDNS) ditubuhkan dan didaftarkan dibawah ROS pada 31 Julai 2019. PWSDNS adalah sebuah pertubuhan sukarelawan peringkat Negeri Selangor yang menjaga pembangunan dan memperjuangkan hak Individu dengan Sindrom Down (SD) bagi seluruh Negeri Selangor melalui perspektif kesihatan, kebajikan, pendidikan, latihan vokasional/kerjaya dan tinggal sendiri serta pekerjaan.
Secara amnya, penubuhan PWSDNS adalah diatas kesedaran untuk membela nasib Individu dengan Sindrom Down dan memberi sokongan kepada ibubapa serta penjaga dalam mendidik dan membesarkan individu dengan Sindrom Down ini. Uniknya ialah persatuan ini dikendalikan sepenuhnya oleh ibubapa yang mempunyai anak Sindrom Down di Negeri Selangor.
PWSDNS adalah sebuah persatuan yang tidak berlandaskan keuntungan, tetapi mempunyai misi untuk membela dan mempedulikan golongan Sindrom Down serta keluarga mereka.
PWSDNS juga adalah salah sebuah Persatuan Gabungan Negeri dibawah Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) yang telah beroperasi sejak 2000 berpusat di Rumah PSDM, Jalan U-Thant Kuala Lumpur.
Pihak PWSDNS akan secara amnya menumpukan perhatian kepada penyediaan awal Individu dengan Sindrom Down sejak lahir sehingga mencapai kehidupan berdikari.
Learn MorePersatuan Warga Sindrom Down Negeri Selangor
[email protected]Email | |
pwsdns.com.myWebsite | |
Established since 2019Year of Establishment | |
5-1 Jalan Kangkung Puteri 24/7, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor.Address |