Kepolisan Komuniti (Community Policing) merupakan satu pendekatan dalam usaha memerangi jenayah yang memerlukan kerjasama erat antara masyarakat dan polis sejak tahun 1968. Semua lapisan masyarakat bertanggungjawab dalam melaksanakan program pencegahan jenayah bersama pihak polis. Semua aktiviti perlu dilaksanakan secara sistematik. Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai satu garis panduan khusus bagi tujuan keseragaman aktiviti serta penggunaan peralatan logistik.
Penubuhan Persatuan “Community Policing” adalah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Register of Societies, ROS) di bawah Seksyen 6 – Permohonan untuk pendaftaran, Akta Pertubuhan Malaysia 1966 (Akta 335)..
Memainkan peranan sebagai pemangkin untuk menjayakan program-program dan memastikan segala tindakan sejajar dengan peruntukan undang-undang. Melaksanakan rondaan bersama dan lain-lain aktiviti secara kerjasama strategik di antara PDRM dengan Persatuan Kepolisan Komuniti amat perlu dalam usaha menurunkan kadar jenayah. Membentuk rangkaian perkongsian maklumat mengenai perlakuan jenayah dan menjadikan ahli-ahli Persatuan Komuniti sebagai mata dan telinga kepada PDRM.
Learn MorePersatuan Kepolisan Komuniti Daerah Manjung Perak
[email protected]Email | |
cpmjg.site123.meWebsite | |
PPM-019-08-19112018Registration Number | |
No 2, Taman Maju Mewah, Kampung Koh 32000 Sitiawan PerakAddress |