Siapa kami

Rumah Amal Belaian Kasih ( RABEKA ) merupakan sebuah rumah amal bagi mengurus serta mengendali segala keperluan kebajikan anak – anak yatim, fakir, miskin, serta asnaf-asnaf zakat (lapan golongan yang layak menerima zakat ). Rumah Amal Belaian Kasih (RABEKA) sedang menguruskan segala keperluan kebajikan anak – anak ini di segenap aspek kehidupan mereka mengikut keperluan yang sewajarnya sepertimana anak – anak yang lain seperti makan – minum, pakaian, keperluan harian, keperluan persekolahan termasuk wang poket mereka dsbnya.

Rumah Amal Belaian Kasih ini juga bukan sahaja memenuhi keperluan lahiriah anak – anak ini bahkan menitik beratkan soal keperluan insaniah mereka dalam erti kata lain menekankan soal pendidikan mereka sekaligus dapat membimbing, membentuk lahiriah & insaniah mereka ke arah perkembangan fitrah semula jadi dan potensi anak – anak ini secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang yang berteras dan berlandaskan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Dengan kaedah ini, Insya Allah ianya akan dapat mengimbangi perkembangan anak – anak ini baik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah bukan sahaja mengharapkan kasih sayang manusia semata –mata bahkan berusaha untuk mendapatkan kasih sayang Tuhan dengan mengetahui bukan sahaja ( di segi ilmunya ) bahkan kenal dan cinta kepada Allah, menjadikan Tuhan sebagai matlamat hidupnya, kenal dan kasih kepada Rasul-Nya serta dapat melahirkan seorang pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia, kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi menjadi Muslim muttaqi serta mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Learn More

Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (RABEKA)

Ustaz Ali Sodikin Bin SamahContact Person
[email protected]Email
www.facebook.com/RUMAH-AMAL-BELAIAN-KASIH-295867409999Website
+603-4107 4148Phone Number
+6019 6343 786; +6017 2942 786Phone Number
+603-4107 6140Fax Number
16-3B, Jln UP 1/5, Tmn Ukay Perdana Sek Ren Islam 'E Tajdid 68000 Ampang, Selangor DEAddress
Visit Us

 
All donations to Touching Hearts Welfare Society in Kuala Lumpur and Selangor are TAX-EXEMPT under sub-section 44(6) of the Income Tax Act 1967. Your generous support will directly benefit Hati’s operations and charity programs. Once your transaction is complete, please email [email protected] to request your tax-exemption receipt. If you would like your donation to support a specific Hati charity program, please specify the cause in the column below. Please note that Hati.my does not collect donations on behalf of other NGOs or organizations listed on our website. If you wish to donate to them, kindly contact them directly. Below is the mandatory information required for your receipt:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati