Siapa kami

Rumah Kebajikan Anak-anak Darul Aitam merupakan rumah kebajikan untuk penempatan anak-anak yatim dibawah kawalan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Penubuhannya adalah di bawah seksyen 7(1)(C) Enakmen MAIK 1966.

Kami mula beroperasi setelah pengambilan penghuni pertama pada 5hb Mei 1985 seramai 10 orang anak yatim putera. Mereka ditempatkan di sebuah bangunan wakaf di Jalan Yaakubiah (Jalan Dato’ Lundang) sebelum berpindah ke tempat sekarang iaitu sebuah kompleks baru MAIK, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra pada Ogos 2006. Manakala penubuhan DARUL AITAM PUTERI pula bermula setelah MAIK mengambil 30 orang anak yatim puteri yang ditempatkan di bangunan kuarters kerajaan yang telah diubahsuai di Jalan Raja Dewa, Kota Bharu Kelantan.

Objektif kami

  • Membantu memberi kemudahan dan kesempurnaan sara hidup kepada anak-anak yatim Islam yang miskin dan dhaif
  • Membimbing melengkapkan diri dengan kemahiran untuk hidup berdikari
  • Membimbing dan memberikan kemudahan pendidikan ilmiah ke arah mencapai kecemerlangan akademik.
  • Meringankan beban keluarga anak-anak yatim dari golongan miskin
  • Memupuk keimanan dan mengukuhkan didikan rohaniah yang seimbang dan sempurna
  • Menerapkan nilai-nilai keagamaan bagi melahirkan anak-anak yatim yang dinamik progresif serta berakhlak mulia.

JUMLAH PENGHUNI TAHUN 2012

DARUL AITAM PUTERA 87 ORANG

DARUL AITAM PUTERI 61 ORANG
_________________________________

JUMLAH KESELURUHAN 148 ORANG

Learn More

Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam

[email protected]Email
www.e-maik.my/portal/index.php/ms/perkhidmatan-kami/rumah-anak-yatim-darul-aitamWebsite
+609-7715770 (Putera); +609-7731293 (Puteri)Phone Number
+6017 9716294Phone Number
+609-7715777Fax Number
Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji 16100 Kota Bharu KelantanAddress
Visit Us

 
All donations to Touching Hearts Welfare Society in Kuala Lumpur and Selangor are TAX-EXEMPT under sub-section 44(6) of the Income Tax Act 1967. Your generous support will directly benefit Hati’s operations and charity programs. Once your transaction is complete, please email [email protected] to request your tax-exemption receipt. If you would like your donation to support a specific Hati charity program, please specify the cause in the column below. Please note that Hati.my does not collect donations on behalf of other NGOs or organizations listed on our website. If you wish to donate to them, kindly contact them directly. Below is the mandatory information required for your receipt:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati