Sejarah penubuhannya bermula apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menjemput wakil-wakil dari Majlis Kebajikan Masyarakat Singapura, Sabah dan Sarawak ke satu mesyuarat khas pada 30hb Jun, 1965 untuk membincangkan penubuhan satu badan bercorak kebangsaan. Hasil dari mesyuarat tersebut satu Deraf Perlembagaan telah digubal dan kemudiannya telah disahkan oleh Majlis Kebajikan Masyarakat masing-masing.
Penubuhan Majlis Kebajikan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MKMKM) pada mulanya telah ditetapkan pada bulan Ogos 1965 akan tetapi disebabkan perpisahan Singapura dari Malaysia, penubuhannya telah ditangguhkan. Selepas pindaan dibuat di dalam Deraf Perlembagaan dengan mengeluarkan perkara ‘Singapura’, MKMKM telah dilancarkan dengan rasminya pada 3hb Februari 1966 dengan YB Menteri Kebajikan Masyarakat sebagai Yang Di Pertua. Sejak dari itu, Menteri yang bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat telah memimpin Majlis ini sebagai Yang Di Pertua.
Pada bulan Ogos 1998 Majlis Kebajikan Masyarakat Kebangsaan ini kemudiannya telah ditukar nama sebagai Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) atau “National Council of Welfare and Social Development Malaysia (NCWSDM)” untuk memperluaskan lagi peranan dan keahliannya.
Learn MoreMajlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)
[email protected]; [email protected]Email | |
makpem.org.my/Website | |
+603 40447 640 Phone Number | |
+603 40447 641Phone Number | |
+603 40447 705 Fax Number | |
Established since 1966Year of Establishment | |
PPM-011-14-15052009Registration Number | |
No.17, Jalan 1/48A Bandar Baru Sentul 51000 Kuala Lumpur Address |