Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis ditubuhkan untuk sama-sama turut serta menunaikan tanggungjawab bersama demi membantu kepada yang memerlukan, malahan menunaikan tuntutan masyarakat untuk mencari jalan demi menyelesaikan gejala yang membimbangkan ini. Pihak pengurusan juga sedang dalam rangka untuk membuka satu lagi cawangan seumpamanya di Sg.Petani, ini kerana permintaan dan kemasukan yang kian bertambah dan rumah kebajikan yang sedia ada tidak dapat menampung kemasukan yang berterusan dari masa ke semasa.Tambahan pula adalah wajar untuk diwujudkan Rumah Teduh ini diseluruh Negeri demi menyelesaikan segera masalah yang melanda remaja dan belia kita kini.

OBJEKTIF

a)      Sebuah institusi perlindungan
b)      Sebuah pusat latihan akhlak
c)       Sebuah tempat bimbingan rohani  dan jasmani
d)      Sebuah pusat rawatan/ alternative Islam
KEMASUKAN
Terdiri daripada 3 peringkat:
a)      Kanak-kanak
b)      Remaja
c)       Belia
A)     Setiap sasaran ditempatkan dalam kumpulan yang sama mengikut asrama masing-masing dengan tujuan membentuk suatu kumpulan yang sesuai.samada kanak-kanak diletakkan di rumah yang diwartakan sesuai sebagai tempat selamat di bawah akta kanak-kanak mengikut kesesuaian yang ditakrifkan di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Penempatan kanak-kanak ini adalah sementara bersedia untuk duduk bersama dengan keluarga angkat sepertimana yang ditentukan oleh pihak JKM atau pihak pengurusan Rumah Teduh.
B)      Untuk remaja, kemasukan adalah lanjutan daripada proses perlindungan kepada anak-anak yang masih di peringkat kanak-kanaksehingga permulaan dewasa. (berumur 13 sehingga 18 tahun). Kemasukan mereka adalah lebih menjurus kepada proses pendidikan untuk bersedia dalam kehidupan selanjutnya.
C)      Belia pula adalah mereka yang sepatutnya telah mempunyai kemahiran dalam kehidupan seperti kemahiran kimpalan, masakan, dandanan dan lain-lain. Oleh itu pada peringkat ini setiap belia akan diberikan galakan dan bantuan sepatutnya selepas mereka bersedia.
KUMPULAN SASARAN
Kanak-kanak yang dimasukkan adalah:
-Anak-anak yatim/ yatim piatu
-Anak-anak yang memerlukan pemeliharaan
-Kanak-kanak terbiar dan ditinggalkan ibubapa
-Anak-anak orang dalam tahanan/banduan
-Anak-anak yang terlibat dalam kes juvana
-Anak-anak yang terlibat dengan ketagihan dadah/ rokok

Program & Aktiviti

1) Jagaan dan Perlindungan
Rumah ini memberikan perhatian yang menyeluruh terhadap penghuni melalui tahap jagaan yang baik dan suasana persekitaran yang kondusif dan harmoni supaya kanak-kanak, remaja dan belia yang berada di sini dapat  membesar secara sihat dari segi emosi, jasmani dan rohani. Keperluan asas seperti makan minum, pakaian dan lain-lain disediakan sebaik mungkin.

2) Bimbingan dan Kaunseling
Untuk mengatasi masalah psikologi /gangguan emosi penghuni rumah kebajikan, sesi kaunseling dan bimbingan diberikan oleh kaunselor yang bertugas dengan harapan tingkah laku dan keperibadian mereka dapat dibentuk dengan sempurna di samping mengawal nafsu daripada terjerumus dalam aktiviti tidak sihat.
3) Pembelajaran
Para penghuni asrama ini dibekalkan dengan pelbagai aktiviti yang lain agar dapat membentuk peribadi yang cemerlang. Pihak pengurusan menitikberatkan pengetahuan agama dan akademik agar anak-anak ini seimbang dari segi ilmu dunia dan akhirat. Remaja yang masih bersekolah akan dihantar ke sekolah seperti biasa demi menjamin masa depan akademik mereka. Manakala bagi yang tidak bersekolah. mereka diberi kelas tambahan bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. dan lain-lain demi meningkatkan pengetahuan akademik masing-masing.
4) Pemantapan Rohani
Kanak-kanak, remaja dan belia di sini dikehendaki menghadiri Kelas KAFA, kelas agama dan ceramah motivasi bagi memantapkan lagi pengisian rohani mereka. Selain itu, khatam al-Quran diadakan setiap hari Jumaat di asrama putera dan puteri.
5) Pemantapan Fizikal
Disamping itu aspek pemantapan fizikal juga tidak pandang ringan. Kami mengadakan aktiviti seni mempertahankan diri seperti silat sebagai asas dalam melatih anak-anak ini untuk bersukan. Kami juga menyediakan peralatan gym yang mana walaupun ianya tidak lengkap, kemudahan tersebut akan dibaik pulih dan disediakan sepenuhnya dari semasa ke semasa.
6) Latihan Kemahiran
Untuk menghasilkan individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi kami telah mengadakan program usahasama dengan intitut latihan kemahiran yang berhampiran dengan menghantar anak-anak yang berminat untuk menghadiri kursus jangka pendek pada hujung minggu.Latihan yang lain juga diberikan oleh sukarelawan yang sudi untuk menghulurkan pengetahuan yang mereka ada. Antara latihan yang disediakan adalah latihan kemahiran memasak, mengurut, perniagaan, dandanan dan kimpalan.
7) Pelepasan cuti
Pelepasan cuti akan diberikan pada hujung minng atau pada cuti sekolah, atau pada wakt-waktu tertentu dengan kebenaran pihak pengurusan.
8) Tempoh tamat sesi rawatan/pemulihan
Sesi rawatan/ pemulihan akan berakhir bilamana seseorang itu didapati pulih mengikut kesesuaian kes oleh pihak pengurusan.
9) Kesimpulan
Demi membuka minda anak-anak ini kami akan berusaha untuk mendidik dan membawa mereka meneroka suasana dan corak kehidupan dengan cara yang lebih sihat. Kami berharap dengan itu proses pemodenan tidak menjadi suatu yang memberi impak dan masalah untuk mereka menyesuaikan diri didalam dunia global tanpa sempadan .Dengan cara yang yang tidak meyimpang dari norma-norma kehidupan timur dan dari landasan agama kami yakin mereka akan lebih bersedia. Insyallah.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun berikut :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN AMAL RUMAH TEDUH PERLIS
CIMB – 8601606246

Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi Bonda Harisun 017-5701170 / Pejabat 04-9762767.

Learn More

Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Rumah Teduh Perlis

En. Azim Zaidi bin Abdul RahmanContact Person
[email protected] Email
rumahteduhps.blogspot.comWebsite
+604 9762 767 Phone Number
+6017-5701170Phone Number
+604 9762 767Fax Number
PPM-007-09-19042010Registration Number
No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma 01000 Kangar, Perlis Address
Visit Us

 
All donations to Touching Hearts Welfare Society in Kuala Lumpur and Selangor are TAX-EXEMPT under sub-section 44(6) of the Income Tax Act 1967. Your generous support will directly benefit Hati’s operations and charity programs. Once your transaction is complete, please email [email protected] to request your tax-exemption receipt. If you would like your donation to support a specific Hati charity program, please specify the cause in the column below. Please note that Hati.my does not collect donations on behalf of other NGOs or organizations listed on our website. If you wish to donate to them, kindly contact them directly. Below is the mandatory information required for your receipt:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati