Visi
– Untuk menjadi sebuah badan NGO yang berpaksikan 4×4 sebagai wadah untuk aktiviti kebajikan diseluruh Malaysia, Asean serta ke peringkat global dgn harapan untuk menghubungkan aktiviti-aktiviti kebajikan menggunakan 4×4 ke kawasan-kawasan yg sukar untuk dimasuki oleh kenderaan-kenderaan biasa. Juga bertindak sebagai peneraju utama dalam pelaksanaan tanggungjawab sosial dan keprihatinan manusia bagi aktiviti-aktiviti kebajikan yg melibatkan 4×4 agar dapat memartabatkan serta menobatkan negara dimata dunia dalam usaha kebajikan tak kira dari sudut kemanusiaan, alam sekitar, harta benda dan lain-lain lagi.
Misi
– Sebagai landasan untuk menggabungkan serta menghubungkan penggiat-penggiat dan peminat 4×4 dalam usaha untuk melaksanakan dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kebajikan dalam bidang kesihatan, kebajikan, ekonomi, sosial dan kebudayaan serta bidang-bidang lain yang boleh dimanfaatkan bersama.
Learn MoreFour Wheelers For Charity (4W4C)
[email protected]Email | |
www.facebook.com/4wheelers4charityWebsite | |
+60196539388Phone Number | |
+60172691769Phone Number |