Gabungan Persatuan Penulis Nasional, atau lebih dikenali sebagai ‘Gapena’, ditubuhkan pada 23 Oktober 1970. Gapena merupakan sebuah gabungan persatuan penulis dan budayawan di Malaysia yang berteraskan bahasa Melayu. Ibu pejabat Gapena terletak di Rumah GAPENA,JKR 899, Jalan Belfield, Bukit Petaling 50460 Kuala Lumpur. https://gapenasional.blogspot.com

Tujuan penubuhan Gapena adalah untuk:

  • Menyatupadukan penulis-penulis tanah air yang menulis dalam Bahasa Kebangsaan.
  • Mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan-kepentingan penulis.
  • Memberikan sumbangan moral dan material secara kolektif kepada tujuan dan cita-cita Gabungan.
  • Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat mereka.
  • Menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi bahasa rasmi yang tunggal iaitu Bahasa Melayu.
  • Mencari, mendapatkan dan mengendalikan harta alih dan harta tidak alih di mana-mana sahaja dalam Malaysia dan luar negara.
  • Berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kegiatan Gabungan meliputi:

  • Mengeluarkan majalah/lidah rasmi.
  • Mengusahakan penerbitan karya penulis dalam rangka memperkaya kesusasteraan dan ilmu pengetahuan.
  • Mewakili penulis tanah air dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan penulis.
  • Menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat membantu golongan penulis.
  • Menjalankan langkah-langkah yang difikirkan patut dari semasa ke semasa, sesuai dengan cita-cita Gabungan.

Gapena merupakan sebuah federasi persatuan-persatuan penulis berbahasa Melayu di seluruh Malaysia.

Learn More

Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)

[email protected]Email
gapenasional.blogspot.comWebsite
+6011-62642412Phone Number
Established since 1971Year of Establishment
PPM-003-14-25051971Registration Number
Rumah GAPENA, JKR 899, Jalan Belfield, Bukit Petaling, 50460 Kuala LumpurAddress
Visit Us

 
All donations to Touching Hearts Welfare Society in Kuala Lumpur and Selangor are TAX-EXEMPT under sub-section 44(6) of the Income Tax Act 1967. Your generous support will directly benefit Hati’s operations and charity programs. Once your transaction is complete, please email [email protected] to request your tax-exemption receipt. If you would like your donation to support a specific Hati charity program, please specify the cause in the column below. Please note that Hati.my does not collect donations on behalf of other NGOs or organizations listed on our website. If you wish to donate to them, kindly contact them directly. Below is the mandatory information required for your receipt:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati