IPS ditubuhkan pada 24 Mac 1990 di Sudut Penulis Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah Kota Kinabaludengan objektif awalnya untuk menyatukan penulis-penulis muda ketika itu. IPS kemudiannya diiktiraf sebagai sebuah pertubuhan berdaftar oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 24 Mac 1992.Nombor pendaftaran IPS ialah 21/92. Setelah lebih 20 tahun berlalu, IPS masih mantap melaksanakan aktiviti sastera dan bahasa malah menjadi pemangkin kepada aktivis sastera di Sabah. IPS pernah menerima Anugerah Persatuan Penulis Paling Aktif pada tahun 1997, 2002 dan 2004 daripada DBP Cawangan Sabah.
IPS kini digalas oleh Sukor Haji Usin (Hasyuda Abadi), Mohd Puad Bebit, Abd Naddin Haji Shaiddin, Norawi Haji Kata, Mabulmaddin Haji Shaiddin, Oneh Latifah Osman, Alloy Erwan Haji Ag Taip, Warman Wagiman, Sahara Jais, Noor Rahim Haji Matlin, Dr.Ramzah Dambul, Juilis Mokujal, Abdul Muizz Awang Marusin, Rafi Harumin, Mohd Nurazwan Agustine, Jaliha Jaman, Amina Ali, Dayang Uzah Harapan dan Redwan Abdullah.
Chairman: Sukur Hj Hussin
Membership: 148
Learn More
Ikatan Penulis Sabah ( IPS )
[email protected]Email | |
ikatan-penulis-sabah2u.blogspot.comWebsite | |
+608 8252 572Phone Number | |
+608 8210 280Phone Number | |
Established since 1992Year of Establishment | |
Peti Surat 10931 88400 KOTA KINABALU, SABAHAddress |