1. Menggalakkan belia dan beliawanis memahami dan menghayati
kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu dan etnik tempatan.
2. Mewujudkan semangat perpaduan dan cintakan budaya dan
kesenian di kalangan belia dan beliawanis.
3. Melahirkan dan mengembangkan kepelbagaian potensi belia dan
beliawanis dalam bidang kebudayaan dan kesenian.
4. Sebagai satu alternatif mengumpul dan menerapkan nilai-nilai
cintakan pemimpin dan negara, seterusnya menjadi tunggak dan tulang belakang kepada pemimpin Barisan Nasional.
5. Melahirkan belia dan beliawanis yang bersih dari pelbagai gejala
sosial, bersifat terbuka, berketerampilan sesuai dengan arus perubahan semasa.
6. Memberi pendedahan dan pendidikan tentang kepelbagaian teknik
dan kemahiran seni persembahan dan penggunaan pelbagai alat
tradisional.
7. Melahirkan aktivis seni yang boleh memberikan khidmat bimbingan
kepada belia dan beliawanis dalam mempelajari seni kebudayaan dan kesenian bangsa Melayu yang selari dengan dasar kebudayaan kebangsaan.
8. Memberi ruang yang proaktif dalam kerja sosial yang
membolehkan mereka berkumpul dan belajar tentang perkara dan aspek yang melibatkan bidang yang mesra kepada rakyat setempat.
9. Menyemai dan menerap unsur yang lebih progresif dan pradmatik agar pertubuhan ini dapat diagihkan dengan tugas atau aktiviti-aktiviti yang positif dengan medium yang betul dalam menyokong pucuk pimpinan.
Pertubuhan ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menarik seberapa banyak belia dan beliawanis untuk menganggotai Majlis Kebudayaan Dan Kesenian Daerah Sabak Bernam yang disusun untuk merealisasikan objektif Kementerian Kebudayaan Kesenian dan warisan dalam usaha memupuk dan memelihara Seni Kebudayaan Kebangsaan.
Majlis Kebudayaan Daerah Sabak Bernam
Arwani Bin Hj. JaafarContact Person | |
[email protected] Email | |
+6033 2161 696Phone Number | |
6016 6895 763 | 0166264971Phone Number | |
6033 2164 890Fax Number | |
Established since 2004Year of Establishment | |
No. 30 Jalan Haji Mansor, Batu 37 Darat 45200 Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan , 45200Address |