Majlis Pemulihan Negeri Kelantan didaftarkan pada 19 Jun 1972 sebagai sebuah pertubuhan kebajikan sukarela yang mengendalikan program-program pemulihan dan vokasional untuk kurang upaya (OKU) pelbagai kategori di seluruh negeri Kelantan.
Bengkel Daya Pemulihan (BEDAYA) adalah sebuah bengkel berkonsepkan Workshop Terlindung di mana semua golongan OKU yang berdaftar dengan JKM Negeri Kelantan berumur 18 tahun ke atas diberi peluang latihan kemahiran dalam bidang kerja kayu.
Latihan yang diberi adalah secara separa formal dan latihan sambil bekerja. Peserta yang terlibat terdiri dari pelbagai kategori kecacatan iaitu cacat anggota, pendengaran, pertuturan serta masalah pembelajaran. Kemudahan yang disediakan termasuk makan/minum, asrama, elaun/ gaji dan sebagainya.
Majlis Pemulihan Negeri Kelantan
Hj. Omar bin Hj. AriffinContact Person | |
[email protected]Email | |
+6019 9107 506Phone Number | |
+609-748 1715Phone Number | |
+609 7448 112Fax Number | |
Established since 1972Year of Establishment | |
PPM-002-03-19061972Registration Number | |
JALAN TOK BALI, TELONG 15200 Bachok, KelantanAddress |