Latarbelakang

Pertubuhan Belia Sinar Kasih adalah sebuah pertubuhan berdaftar dibawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dengan nombor pendaftaran PPPB 8901/13.

Ahli pertubuhan ini terdiri daripada anak-anak muda dari pelbagai latar belakang yang bersetuju untuk menyediakan satu platform bagi memudahkan mereka yang ingin menabur budi dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawan.

Badan ini fokus kepada dua masalah sosial yang utama iaitu pendidikan dan kemiskinan. Malah, kami percaya yang masalah kemiskinan dan kemelaratan mampu ditangani dalam masa panjang dengan memberi sokongan pendidikan kepada anak-anak kecil.

Penggerak

(sesi 2013/2014)

[ Carta Organisasi ]

Sekarang

Pertubuhan Belia Sinar Kasih kini bersedia untuk menjalankan aktiviti secara berkala, kerap dan lebih fokus. Selain daripada pelbagai program bagi membantu fakir miskin untuk jangka masa pendek, kami juga sedia menjalankan program-program pendidikan agar anak-anak golongan miskin bandar lebih bersedia menempuh dunia luar dengan lebih yakin. Kami percaya, kemiskinan boleh dirawat dengan pendidikan.

Sejarah penubuhan

Terdahulu

Sebelum didaftarkan, kami telah mula dengan pelbagai program seawal tahun 2010. Melalui program 60sinar, kami mencari penaja untuk membeli pakaian seragam sekolah untuk mangsa banjir di Kedah, dengan kupon yang bernilai RM60 setiap satu. Lebih 200 anak pesawah yang tanaman mereka musnah akibat banjir mendapat manafaat dari program ini.

Pada tahun 2012 pula, kami melancarkan program untuk memberi barangan keperluan asas kepada penduduk miskin bandar di sekitar PPR (Projek Perumahan Rakyat) Seksyen 8 Kota Damansara sempena Ramadhan. Lebih 20 sukarelawan dari golongan remaja turut membantu kami menghantar bantuan it uterus ke pintu rumah penerima yang telah dikenalpasti.

Tahun 2013 sekali lagi kami menghantar terus bantuan keperluan asas kepada fakir miskin kepada penduduk di Batu Kurau, Perak. Lebih 15 orang sukarelawan membantu kami masuk ke ceruk kampung untuk menemui penerima terus ke rumah mereka. Program sebegini bukan sahaja dapat membantu meringankan beban penerima dalam menyambut ramadhan, malah dapat mendidik hati sukarelawan bertapa banyak lagi golongan yang perlu dibantu dan menginsafi diri.

Learn More

Pertubuhan Belia Sinar Kasih

[email protected]Email
www.facebook.com/MySinarKasihWebsite
Established since 2007Year of Establishment

 
All donations to Touching Hearts Welfare Society in Kuala Lumpur and Selangor are TAX-EXEMPT under sub-section 44(6) of the Income Tax Act 1967. Your generous support will directly benefit Hati’s operations and charity programs. Once your transaction is complete, please email [email protected] to request your tax-exemption receipt. If you would like your donation to support a specific Hati charity program, please specify the cause in the column below. Please note that Hati.my does not collect donations on behalf of other NGOs or organizations listed on our website. If you wish to donate to them, kindly contact them directly. Below is the mandatory information required for your receipt:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati