Persatuan Peranakan Cina Kelantan (PPCK) ditubuh dan didaftar pada 15 Febuari 1989. Tujuan penubuhannya adalah demi memikul satu harapan supaya Peranakan Cina Kelantan yang tinggal di kawasan luar bandar iaitu sekitar lembah sungai Kelantan dapat hidup dengan selesa, harmoni, permuafakatan yang harus dan mampu mengikuti arus pembangunan negara. Pengekalan budaya harmoni dan bersikap kesederhanaan adalah menjadi intipati dalam perjuangan Persatuan ini. Persatuan ini juga menanam hasrat yang mendalam supaya Peranakan Cina Kelantan dapat mempertingkatkan mutu hidup dan taraf pendidikan yang lebih cemerlang selaras dengan tuntutan kemajuan negara.

Pergerakan keluar penduduk dari tanah benua China secara besar-besaran berlaku dalam pemerintahan Dinasti Ming. Kelantan merupakan antara destinasi sasaran mereka. Pada tahun 1225, seorang penulis China Zao Rugua (趙汝适) telah menyebut Kelantan sebagai ‘Jilandan’ atau ‘Chi-Lan-Tan’ (吉蘭丹) (Tan Chee Beng 1982: 31). Ini bermakna seawal abad ke-13 lagi orang-orang China sudah pun menyelusuri di lembah Sungai Kelantan. Penempatan awal adalah secara bermusim sebelum mengekalkannya sebagai penempatan baru. Golongan ini bersama-sama anak-anak mereka yang merupakan kelahiran tempatan daripada perkahwinan dengan orang tempatan, lama-kelamaan dikenali sebagai Cina Peranakan.

Tertubuhnya Persatuan Peranakan Cina Kelantan (PPCK) yang dipengerusikan oleh En. Tan Guat (AK) bersama rakan-rakannya En. Gan Awang (PPN), En. Law Awang (PPN), En. Lau Ah Wang (PB), En. Tan Awang (PPN), En. Look Thien Jee, En. Ooi Ah Bee (sekadar menyebut beberapa nama), telah memainkan peranan secara bersungguh-sungguh bagi mencapai hasrat dan matlamat penubuhan Persatuan.

Apabila En. Tan Guat mengalami masalah kesihatan yang agak kritikal (1996) maka jawatan pengerusi dipangku oleh timbalannya En. Gan Awang sebelum diadakan mesyuarat Agung ke-8. Dalam mesyuarat Agung ke-8 (1997) secara rasminya melaktik En. Law Awang sebagai pengerusi sehingga tahun 2012. Pada mesyuarat Agung ke-22 jawatan pengerusi diambil alih oleh En. Lim Kham Hong setelah En. Law Awang (PPN) secara suka rela memohon untuk mengundur diri.

Pejabat asal Persatuan ialah Dewan Orang Ramai Wat Pracacinaram, Wakaf Bharu, Kelantan. Dalam mesyuarat Agung ke-21, dengan sebulat suara para ahli telah meluluskan bahawa pejabat Persatuan berpindah ke alamat Lot 1709 Kg. Pasir Parit, 17060 Pasir Mas, Kelantan.

Bagi memudahkan pentadbiran, PPCK telah melantik Penyelia jajahan mengikut jajahan di Kelantan yang terdiri daripada jajahan Kota Bharu I, Kota Bharu II, Bachok, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Gua Musang. Peranan penyelia jajahan adalah sebagai penghubung antara pihak pengurusan dengan jajahan dan seterusnya meliputi para ahli di peringkat kampung. Penyelia jajahan ini kebiasaannya dilantik dari jawatan kuasa peringkat pusat.

Bagi melancarkan lagi pentadbiran dan pengurusan setiap jajahan maka pihak pengurusan peringkat pusat dengan kerjasama penyelia jajahan akan melantik wakil kampung. Wakil kampung yang dilantik berdasarkan jumlah ahli dalam kampung. Seorang wakil kampung akan mewakili sekitar 50 orang. Pihak pengurusan berbuat demikian kerana di sepanjang lembah sungai Kelantan dari Kota Bharu sampai ke Gua Musang terdapat lebih 60 buah kampung yang didiami oleh Peranakan Cina Kelantan. Keadaan demikian sudah pasti menimbulkan kerumitan daripada segi perhubungan dan penyampaian maklumat; maka di sinilah wakil kampung akan memainkan peranan.

Learn More

Persatuan Peranakan Cina Kelantan

ppckelantan.wixsite.comWebsite
+60189018282Phone Number
+6016-930 6660Phone Number
Established since 1989Year of Establishment
PPM-009-03-15021989Registration Number
B-234, Jalan Wan Ahmad, 17500 Tanah Merah, KelantanAddress
Visit Us

 
All donations to Touching Hearts Welfare Society in Kuala Lumpur and Selangor are TAX-EXEMPT under sub-section 44(6) of the Income Tax Act 1967. Your generous support will directly benefit Hati’s operations and charity programs. Once your transaction is complete, please email [email protected] to request your tax-exemption receipt. If you would like your donation to support a specific Hati charity program, please specify the cause in the column below. Please note that Hati.my does not collect donations on behalf of other NGOs or organizations listed on our website. If you wish to donate to them, kindly contact them directly. Below is the mandatory information required for your receipt:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati