BORNEO MOTORING ASSOCIATION SABAH
Persatuan permotoran borneo, sabah telah ditubuhkan pada 07 ogos 2012 pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 nombor pendaftarannya ialah PPM-006-12-07082012 pendaftar pertubuhan Malaysia ianya merupakan persatuan penggiat permotoran yang menjalankan aktiviti aktiviti sihat seperti amal kebajikan, program pertandingan hiasan kenderaan, program jelajah (konvoi), juga bekerjasama dengan pihak jabatan kerajaan bagi melaksana tanggungjawab seperti kempen keselamatan jalan raya,kempen jenayah dan jabatan jabatan lain, dimana persatuan ini juga mengadakan seminar undang undang dan juga seminar keusahawanan belia bagi persatuan permotoran borneo sabah.
Matlamat persatuan permotoran borneo, sabah adalah melaksanakan kepelbagaian aktiviti permotoran secara sihat juga melibatkan belia permotoran dapat menyertai program program permotoran bersama jabatan kerajaan juga membantu belia permotoran untuk menjalankan aktiviti permotoran ini secara sihat, memberi taklimat serta seminar undang undang dan memberi peluang kepada masyarakat unuk melibatkandiri dalam aktiviti permotoran, permos juga berkerjasama dengan pihak pihak jabatan kerajaan mahupun swasta bagi melaksanakan program dan aktiviti permotoran.
- Menjalankan aktiviti amal kebajikan
- Membawa belia kearah pemotoran yang lebih sihat
- Menjalankan aktiviti dan program kerajaan.
- Menjalankan aktiviti jelajah seminar undang undang
- Menjalankan aktiviti jelajah seminar kepimpinan
- Menjalankan aktiviti jelajah seminar keusahawanan
- Melibatkan diri dengan segala aspek transformasi kerajaan bagi mengukuhkan kemajuan dan perpaduan dasar kerajaan ke wawasan 2020.
- Membuka ruang kepada belia untuk melibatkan diri dalam sukan permotoran secara sihat dan sentiasa mematuhi undang undang Negara yang telah ditetapkan kerajaan.
- Mengadakan segala aktiviti amal sukan permotoran yang sihat.
- Bekerjasama Dengan Semua Jabatan Kerajaan, Dan Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ), Polis Diraja Malaysia ( Polis ) Dan Polis Trafik, melibatkan undang undang yang wajib dipatuhi.
- Mewujudkan komuniti tanp mengira bangsa, Agama untuk melaksanakan program dan aktiviti amal kebajikan
- Membantu memberi kesedaran dan membanteras lumba haram, rempit, dan memandu secara merbahaya khususnya kepada remaja,tentang kesalahan undang – undang di jalan raya
- Menjalankan aktiviti aktiviti permotoran di setiap daerah borneo sabah bagi menjayakan sukan permotoran secara sihat.
- Menjayakan program program amal kebajikan berhibur, bersepadu dan bersatu kepada penggiat permotoran.
- Memberi peluang kepada masyarakat untuk melibatan diri dalam aktiviti permotoran bagi membantu dikalangan remaja agar tidak melakukan aktivii yang menyalahi undang undang seperti berlumba dan membahayakan pengguna yang lain.
- Menjalankan aktviti permotoran seperti Jelajah,Roadshow,Konvoi, Pertandingan Hiasan Dan lain lain aktiviti sihat.
Persatuan Permotoran Borneo Sabah
[email protected]Email | |
permos.forumms.netWebsite | |
+60168400022Phone Number | |
Established since 2012Year of Establishment | |
PPM-006-12-07082012Registration Number | |
No.19, Tgkt 4, Central Plaza Shopping Mall, Jalan Kepayan Ridge 88200 KOTA KINABALU SABAHAddress |