PAPISMA adalah merupakan nama ringkas untuk Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia yang merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar. Ia mula ditubuhkan pada tahun 2004 dengan dianggotai oleh gabungan tenaga-tenaga profesional kesihatan yang antara lain tujuannya adalah untuk membimbing ahli dan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang sistem penjagaan kesihatan dan perubatan.
PAPISMA sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membantu masyarakat nasional dan global memahami dan menjiwai kaedah serta sistem perubatan dan perawatan yang selari dengan al-Qur’an dan Sunnah serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Sehingga kini PAPISMA telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk masyarakat dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang penjagaan kesihatan melalui pelbagai kaedah seperti rawatan kesihatan percuma, bengkel-bengkel kesihatan, ceramah-ceramah, pameran dan sebagainya.
Berpegang kepada moto pertubuhan : Berilmu, Beramal dan Bertaqwa, maka kini PAPISMA sedang mengorak langkah untuk menerbitkan sebuah buku berkaitan fiqh perubatan selaras dengan ILMU di dada kami, untuk dikongsi dan di AMALkan dalam rangka membina masyarakat dan insan yang berTAQWA.
MISI
Menjadi sebuah NGO kesihatan yang ahlinya dilengkapi dengan ilmu kemahiran kepakaran. Seterusnya dapat menaikkan imej sebagai sebuah organisasi Islam di dalam masyarakat.
VISI
Ke arah sebuah organisasi yang melahirkan tenaga kesihatan yang bermotivasi tinggi dan lengkap dengan kemahiran professional, beramal dengan kesihatan menyeluruh, akhirnya menjadikan organisasi ini meneraju profesyen perubatan yang boleh mengubah dunia perubatan ke arah lebih sejahtera.
OBJEKTIF
- Untuk mempereratkan hubungan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama dan muhibbah di kalangan tenaga-tenaga amal dalam perubatan.
- Memperjuangkan dan mengenengahkan pandangan dan buah fikiran tenaga-tenaga kesihatan terhadap isu-isu kesihatan dan isu-isu semasa yang lain.
- Menggabungkan tenaga-tenaga kesihatan yang merangkumi semua bidang kesihatan supaya boleh mewujudkan suasana perawatan yang lebih ideal dan holistik.
- Membantu meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan dan sektor kesihatan terutama di kawasan pedalaman sehinggalah ke peringkat nasional melalui aktiviti-aktiviti kebajikan, kesedaran kesihatan, penulisan-penulisan akademik, kenyataan media dan lain-lain.
- Membimbing ahli dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang sistem penjagaan kesihatan di Malaysia melalui berbagai kaedah yang ada seperti media, rawatan kesihatan percuma, bengkel-bengkel kesihatan, ceramah-ceramah, pameran dan sebagainya.
- Membuat perhubungan dan kerjasama atau bergabung dengan mana-mana Pertubuhan berdaftar peringkat nasional atau antarabangsa yang mempunyai tujuan yang selari dengan Pertubuhan ini.
- Berusaha sedaya upaya untuk membantu masyarakat nasional dan global memahami dan menjiwai kaedah dan sistem perubatan dan perawatan yang selari dengan al-Quran dan Sunnah serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
[email protected]Email | |
papisma.orgWebsite | |
+603-61861270Website | |
Established since 2004Year of Establishment | |
PPM-005-10-28092004Registration Number | |
No 3B, Jalan SG 3/16, Pusat Bandar Sri Gombak, 68100 Batu Caves, SelangorAddress |