1) Jagaan dan Perlindungan
Rumah ini memberikan perhatian yang menyeluruh terhadap penghuni melalui tahap jagaan yang baik dan suasana persekitaran yang kondusif dan harmoni supaya kanak-kanak, remaja dan belia yang berada di sini dapat membesar secara sihat dari segi emosi, jasmani dan rohani. Keperluan asas seperti makan minum, pakaian dan lain-lain disediakan sebaik mungkin.
2) Bimbingan dan Kaunseling
Untuk mengatasi masalah psikologi /gangguan emosi penghuni rumah kebajikan, sesi kaunseling dan bimbingan diberikan oleh kaunselor yang bertugas dengan harapan tingkah laku dan keperibadian mereka dapat dibentuk dengan sempurna di samping mengawal nafsu daripada terjerumus dalam aktiviti tidak sihat.
3) Pembelajaran
Para penghuni asrama ini dibekalkan dengan pelbagai aktiviti yang lain agar dapat membentuk peribadi yang cemerlang. Pihak pengurusan menitikberatkan pengetahuan agama dan akademik agar anak-anak ini seimbang dari segi ilmu dunia dan akhirat. Remaja yang masih bersekolah akan dihantar ke sekolah seperti biasa demi menjamin masa depan akademik mereka. Manakala bagi yang tidak bersekolah. mereka diberi kelas tambahan bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. dan lain-lain demi meningkatkan pengetahuan akademik masing-masing.
4) Pemantapan Rohani
Kanak-kanak, remaja dan belia di sini dikehendaki menghadiri Kelas KAFA, kelas agama dan ceramah motivasi bagi memantapkan lagi pengisian rohani mereka. Selain itu, khatam al-Quran diadakan setiap hari Jumaat di asrama putera dan puteri.
5) Pemantapan Fizikal
Disamping itu aspek pemantapan fizikal juga tidak pandang ringan. Kami mengadakan aktiviti seni mempertahankan diri seperti silat sebagai asas dalam melatih anak-anak ini untuk bersukan. Kami juga menyediakan peralatan gym yang mana walaupun ianya tidak lengkap, kemudahan tersebut akan dibaik pulih dan disediakan sepenuhnya dari semasa ke semasa.
6) Latihan Kemahiran
Untuk menghasilkan individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi kami telah mengadakan program usahasama dengan intitut latihan kemahiran yang berhampiran dengan menghantar anak-anak yang berminat untuk menghadiri kursus jangka pendek pada hujung minggu.Latihan yang lain juga diberikan oleh sukarelawan yang sudi untuk menghulurkan pengetahuan yang mereka ada. Antara latihan yang disediakan adalah latihan kemahiran memasak, mengurut, perniagaan, dandanan dan kimpalan.
7) Pelepasan cuti
Pelepasan cuti akan diberikan pada hujung minng atau pada cuti sekolah, atau pada wakt-waktu tertentu dengan kebenaran pihak pengurusan.
8) Tempoh tamat sesi rawatan/pemulihan
Sesi rawatan/ pemulihan akan berakhir bilamana seseorang itu didapati pulih mengikut kesesuaian kes oleh pihak pengurusan.
9) Kesimpulan
Demi membuka minda anak-anak ini kami akan berusaha untuk mendidik dan membawa mereka meneroka suasana dan corak kehidupan dengan cara yang lebih sihat. Kami berharap dengan itu proses pemodenan tidak menjadi suatu yang memberi impak dan masalah untuk mereka menyesuaikan diri didalam dunia global tanpa sempadan .Dengan cara yang yang tidak meyimpang dari norma-norma kehidupan timur dan dari landasan agama kami yakin mereka akan lebih bersedia. Insyallah.