Pada tahun 1990, Al-Marhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menulis surat khas kepada Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Kedah pada waktu , Tan Sri Dato’ Paduka Haji Shafie Abdullah dan memberi kebenaran supaya membina rumah anak yatim dan orang miskin di atas tanahnya di Lorong Sei Lot No.2370-2390 (1475, Lorong Seri)

Al-Marhum Yang Teramat Mulia Tunku sendiri telah meletakkan batu asas pembinaan pada 16 Mac 1990. Bangunan ini siap dan mula beroperasi pada tahun 1993 dan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 23 Januari 1994 ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Sempena dengan pengorbanan Al-Marhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj itu, asrama anak yatim ini dinamakan Darul Aitam Walmasakin Tunku Abdul Rahman atau nama ringkasnya DATAR.

Ianya terdiri daripada bangunan asrama, kelas, pejabat, surau, dewan dan taman permainan. Anak-anak di rumah ini mengikuti pengajian di sekolah-sekolah sekitar Alor Setar. DATAR diuruskan oleh PERKIM Kedah.

40 hingga 50 orang boleh ditempatkan di rumah ini. Sehingga sekarang seramai 147 orang telah diambil tinggal dan dididik disini. Mereka yang diambil adalah dari keluarga miskin sahaja dari umur 9 tahun.

30 orang anak yatim ini telah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA / IPTS, 21 orang telah tamat pengajian termasuk dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan pengurusan. Mereka yang kurang cemerlang dalam pelajaran pula, dihantar untuk belajar dalam bidang kemahiran.

PERKIM juga membantu anak yatim yang miskin yang tinggal dengan ibu atau waris mereka di bawah Skim Bantuan Anak Yatim Luar Asrama. Anak yatim yang masih menerima bantuan pada tahun 2007 adalah 14 orang. Dua orang daripada anak yatim luar yang menerima bantuan PERKIM telah tamat pengajian di IPT luar negara.

Asrama Darul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman Putra

Dato` Dr. Hj. Azmi bin Hj. AhmadContact Person
[email protected] Email
+604 7335 124 Phone Number
+604 7332 349 Fax Number
K/PJB KK 023/2017Registration Number
No. 1475, Lorong Seri, Jalan Langgar 05300 Alor Setar, Kedah Address
Visit Us

 
All donations to Touching Hearts Welfare Society in Kuala Lumpur and Selangor are TAX-EXEMPT under sub-section 44(6) of the Income Tax Act 1967. Your generous support will directly benefit Hati’s operations and charity programs. Once your transaction is complete, please email [email protected] to request your tax-exemption receipt. If you would like your donation to support a specific Hati charity program, please specify the cause in the column below. Please note that Hati.my does not collect donations on behalf of other NGOs or organizations listed on our website. If you wish to donate to them, kindly contact them directly. Below is the mandatory information required for your receipt:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati