Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia ingin merakamkan sokongan penuh kami kepada titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam yang mengingatkan bahawa tindakan tegas wajar diambil terhadap mana-mana pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam dan kuasa Raja-raja Melayu berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. PEMBELA merasakan bahawa kegagalan bertegas dan sikap terlalu melayan tuntutan dan dakwaan sesetengah pihak yang bercanggah dengan kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan adalah menjadi antara faktor yang menggalakkan lagi sikap dan tuntutan seumpama itu.

PEMBELA juga amat mengalu-alukan teguran Baginda bahawa falsafah tersirat di sebalik peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati dan bukan sekadar memperakui apa yang tersirat. Ini adalah kerana, PEMBELA memperhatikan bahawa ada kecenderungan sesetengah pihak untuk akur kepada peruntukan yang tersurat tetapi sering disusuli sikap dan perbuatan yang bercanggah dengan semangat peruntukan perlembagaan yang terbabit. Misalnya, ada yang mengaku akur dengan Perkara 3(1) yang memperuntukkan Islam sebagai agama persekutuan tetapi tidak henti-henti cuba menuntut kedudukan yang sama tinggi bagi agama-agama lain. Sering pula tuntutan ini dibuat dengan cara yang kasar dan dengan pendekatan konfrontasi yang menunjukkan sikap tidak hormat dengan falsafah peruntukan ini.

Oleh itu PEMBELA menyeru semua pihak agar menyambut baik nasihat Sultan ini dan menterjemahkan dalam amalan dan sikap.

PEMBELA juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua pihak agar mengelakkan sikap ekstrim dalam menangani isu-isu berkaitan agama di negara kita. Ini termasuklah mengelakkan daripada mengeluarkan seruan jihad dan syahid kerana ia boleh disalah-fahami dan menimbulkan tanggapan yang salah terhadap Islam dan penganutnya. Hakikatnya, walaupun ‘jihad’ dan ‘syahid’ adalah prinsip-prinsip yang termaktub dalam agama Islam, prinsip-prinsip ini tertakluk rapi dengan syarat-syarat dan batasan syariat. Ia tidak boleh diisytiharkan dan ditentukan oleh mana-mana individu kecuali pemimpin yang mempunyai kuasa rasmi dalam sesebuah negara Islam.

Semoga Allah Subhanahu wata`ala sentiasa memelihara keutuhan agama, bangsa dan negara di tanah air yang kita cintai ini.

Learn More

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA )

[email protected] Email
membelaislam.wordpress.comWebsite
03 2717 2717Phone Number
03 4107 1025Phone Number
03 4106 1026 Fax Number
MUAFAKAT, No. 25 Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Kuala LumpurAddress
Visit Us

 
All donations to Touching Hearts Welfare Society in Kuala Lumpur and Selangor are TAX-EXEMPT under sub-section 44(6) of the Income Tax Act 1967. Your generous support will directly benefit Hati’s operations and charity programs. Once your transaction is complete, please email [email protected] to request your tax-exemption receipt. If you would like your donation to support a specific Hati charity program, please specify the cause in the column below. Please note that Hati.my does not collect donations on behalf of other NGOs or organizations listed on our website. If you wish to donate to them, kindly contact them directly. Below is the mandatory information required for your receipt:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati