Sebagai sebuah organisasi yang teguh, matlamat kami disini hanyalah untuk membantu kanak – kanak istimewa dan kurang upaya yang terdiri daripada buta, sindrome down, cacat anggota badan, terencat akal dan lemah daya pemikiran.Kesemua mereka adalah terdiri diantara 14 hingga 54 tahun.

Pada permulaan penubuhan Mei 2004 ianya merangkumi 5 orang penghuni dan sehingga kini menjangkau 24 orang kesemuanya. Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal K. Terengganu ini diawal penubuhannnya adalah merupakan sebuah rumah teres dua tingkat yang disewa. Matlamat pusat ini secara jangka panjang adalah untuk menempatkan kanak kanak istimewa ini supaya dapat berdikari sendiri tanpa bantuan atau sokongan orang lain pada masa akan datang. Disamping itu pusat ini sering menganjurkan beberapa aktiviti yang berfaedah secara berterusan demi kebaikan kanak – kanak tersebut agar mereka dapat menjalani hidup dengan lebih baik lagi pada masa akan datang seiring dengan matlamat kerajaan.

Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal K. Terengganu, menyediakan berbagai kemudahan dan latihan kepada penghuni-penghuninya. Bangunan pusat ini ialah sebuah rumah 2 tingkat yang mempunyai 7 bilik tidur, 3 bilik air, sebuah dapur dan juga ruang tamu yang dilengkapi dengan sebuah peti telivisyen. Pusat ini juga mempunyai sebuah van yang digunakan untuk membawa penghuni-penghuni ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan. Van tersebut juga digunakan untuk membawa mereka bersiar-siar dan untuk membeli barang-barang keperluan di pusat ini.

Kami juga memberikan dan merancang beberapa aktiviti seperti melukis, mewarna, kesenian dan kraftangan bagi memenuhi masa penghuni-penghuni selama berada di pusat ini. Kami sentiasa berusaha dan berharap untuk memberikan perkhidmatan yang sempurna dengan menyediakan tempat dan suasana yang bersih dan sihat kepada penghuni-penghuni istimewa di pusat ini.

How to Help
Account Number:
Receiver name:
SWIFT:1302-0018587-05-7
PUSAT PENJAGAAN KANAK KANAK TERENCAT AKAL, K-TERENGGANU
CIBBMYKL
Learn More

Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal, Kuala Terengganu

[email protected]Email
www.handicapjb.org.my/usr/pagesub.aspx?pgid=23Website
+609-624 3273Phone Number
+6012-7761465Phone Number
+609-624 3273Fax Number
Established since 2004Year of Establishment
T/PJB/OKU 001/2017Registration Number
No. 160, Jalan 12, Taman Padang Midin, 21400 Kuala Terengganu, TerengganuAddress
Visit Us

 
All donations to Touching Hearts Welfare Society in Kuala Lumpur and Selangor are TAX-EXEMPT under sub-section 44(6) of the Income Tax Act 1967. Your generous support will directly benefit Hati’s operations and charity programs. Once your transaction is complete, please email [email protected] to request your tax-exemption receipt. If you would like your donation to support a specific Hati charity program, please specify the cause in the column below. Please note that Hati.my does not collect donations on behalf of other NGOs or organizations listed on our website. If you wish to donate to them, kindly contact them directly. Below is the mandatory information required for your receipt:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati