Rumah Seri Kenangan ditubuhkan untuk memberi jagaan dan perlindungan kepada mereka yang memerlukan bagi meneruskan kehidupan. Kriteria kemasukan ke Rumah Seri Kenangan adalah seperti berikut :-
– Daif dan berumur 55 – 60 tahun dan ke atas
– Tidak menghadapi penyakit berjangkit
– Tidak mempunyai keluarga atau penjaga
– Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap
– Berupaya menjaga diri
CARA KEMASUKAN
Permohonan dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah yang berhampiran dengan menggunakan borang yang disediakan.
Setiap permohonan masuk disiasat terlebih dahulu sebelum disyorkan oleh Penolong Pengarah Bahagian dan seterusnya di luluskan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Penjagaan dan Perlindungan
- Bimbingan dan Kaunseling
- Pendidikan
- Didikan Agama/Akhlak
- Aktiviti di dalam dan di luar institusi
- Rekreasi
- Perubatan dan Rawatan Kesihatan
Rumah Seri Kenangan Kuching
[email protected]Email | |
www.geocities.ws/houseoflove1/house%20of%20loveWebsite | |
+6082 611 122Phone Number | |
+6082 619 817Fax Number | |
Batu 12 Jalan Kuching/Serian 94300 Kuching Samarahan SarawakAddress |