Di Teduhan Kasih Melaka, pendekatan program yang lebih fleksibel dan santai digunapakai, sambil menerapkan kemahiran berteraskan kemasyarakatan, kerohanian, kemahiran bekerja dan latihan vokasional kepada klien semasa menjalani program sebagai persiapan sebelum kembali ke pangkuan masyarakat.
KAMI TAWARKAN
Rawatan Asas Pemullihan
Setiap klien yang telah disaring dan diterima masuk, akan menerima rawatan seperti proses detoksifikasi, kaunseling dan rawatan asas untuk kesihatan melalui Klinik Kesihatan Kerajaan yang berdekatan kawasan fasiliti.
Program Jagaan Lanjutan
Bagi klien yang telah mencapai sehingga fasa “AfterCare”, Teduhan Kasih Melaka akan menyediakan khidmat sokong bantu kepada klien untuk menjaga kebajikan dan kepulihan mereka. Sokong bantu melalui atas talian juga sediakan.
Terapi Latihan Pekerjaan
Klien akan ditempatkan didalam dan diluar fasiliti untuk bekerja disamping meningkatkan ketahanan dan kemahiran kendiri untuk kehidupan normal didalam beberapa sektor seperti pertanian, F&B, pembinaan, kimpalan, dan lain-lain.
Integrasi
Sosial
Program-program yang dilaksanakan berkisarkan masyarakat. Ia mendidik kemahiran sosial dan komunikasi para klien. Klien akan dilatih melalui program seperti sesi luahan bersama mentor, sesi perselisihan dan penyelesaian (CRG).
Peningkatan Kerohaniaan
Merupakan teras kepada kepulihan. Pendedahan kerohanian seperti rutin yang menitik beratkan kepada solat fardhu secara berjemaah, kelas fardhu ain, sesi halaqah Al-Quran dan Khuruj Fisabilillah 3 hari bersama jemaah tempatan.
Teduhan Kasih Melaka
[email protected]Email | |
www.tkmelaka.orgWebsite | |
+606-530 4048Phone Number | |
+6019-666 7605; +6018-354 4047Phone Number | |
JKR 1820, Jalan Melaka, 77000 Jasin MelakaAddress |