Yayasan ZuriatCARE (no. pendaftaran PPAB-30/2020) merupakan sebuah yayasan amal pertama yang ditubuhkan di bawah Awqaf Holdings Berhad (AWQAF) dengan satu matlamat yang jelas iaitu memupuk kesedaran dan kepentingan mengenai perlindungan nyawa (hifz al-nafs) dan memelihara nasab keturunan (hifz al-nasb), serta kepentingan zuriat sebagai pewaris generasi akan datang khususnya kepada umat Islam di Malaysia.
Pada awalnya, ZuriatCARE adalah sebuah program dan tabung amal kebajikan khas yang telah diilhamkan dan seterusnya dilancarkan pada 21 Jun 2015 oleh YBhg Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim, dengan YBhg Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir sebagai Pengerusi pertamanya. Objektif program ini adalah untuk membantu membendung gejala pembuangan bayi dan golongan tersasar arah, iaitu remaja hamil anak tidak sah taraf agar mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat tanpa adanya stigma.
Pada 7 Oktober 2020, ZuriatCARE telah berkembang dan menjadi sebuah Yayasan yang dipengerusikan oleh Puan Alia Muhammad Ali. Di bawah kempimpinannya, beliau telah menambah portfolio baru iaitu Camellia dan AWAS, di mana program-program ini menyentuh tentang isu-isu kesihatan dan penyakit mental serta pemeliharaan nyawa dengan kempen kesedaran terhadap isu bunuh diri. Isu remaja tersasar arah dan pembendungan gejala pembuangan bayi diberi nafas baru dengan nama Peluang Kedua.
Yayasan ZuriatCARE kini sedaya upaya mencuba untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin, cakna dan bersatu dalam memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi isu yang berkaitan dengan program-program ini. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan dari segi kewangan, buah fikiran, tenaga dan barangan-barangan yang bersesuaian daripada mana-mana agensi sama ada kerajaan mahupun swasta, individu, persatuan dan pertubuhan NGO lain bagi sama-sama berganding bahu bersatu tenaga dalam menjayakan hasrat murni ini.
Learn MoreYayasan ZuriatCARE
[email protected]Email | |
www.yayasanzuriatcare.orgWebsite | |
+603-78326644Phone Number | |
+60111-6092692Phone Number | |
Established since 2015Year of Establishment | |
PPAB-30/2020Registration Number | |
18-1 Jalan Serambi U8/24, Seksyen U8, D’Bayu Bukit Jelutong 40150 Shah Alam, SelangorAddress |